PROFIL SEKOLAH






SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA 
TUN JUHAR

MOTO
TAUHID ASAS IMAN

SLOGAN
SMAS QI
(QI: BERWASPADA)
(QI: QURAN, QUALITI, QUANTITI)
(I: ISLAM, INTELEK, NOMBOR 1)



VISI KPM

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA



MISI KPM

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MENBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA



OBJEKTIF

Berusaha mencapai matlamat untuk menjadikan SMK Agama Tun Juhar Sandakan sebuah institusi pendidikan yang gemilang kerana kemampuannya melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI dan berdaya saing melalui:


GEMILANG PENGURUSAN PENTADBIRAN
Menyediakan perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti

GEMILANG KURIKULUM
Pencapaian peperiksaan yang berkualiti

GEMILANG HAL EHWAL MURID
Membentuk sahsiah dan modal insan yang berketrampilan

GEMILANG KOKURIKULUM
Membentuk pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing



LAGU SEKOLAH

KAMI PELAJAR SMK AGAMA
BERSATU HATI MENUJU JAYA
BERIMAN BERILMU SEMATKAN DI DADA
ISLAM YANG SYUMUL TEKAD KITA

JASAMU GURU TIADA TARA
JADI PEDOMAN SEPANJANG MASA
BERSAMA KITA SEMANGAT WAJA
ZAHIRKAN HARAPAN AYAH DAN BONDA

DOAKAN KAMI AGAR BERJAYA
MARTABATKAN AGAMA DAN BANGSA
RAHMATI KAMI AGAR TERLAKSANA
KAMI GEMILANG NEGARA BANGGA

ALLAH PENCIPTA ALAM SEMESTA
KURNIAKAN PETUNJUK MENCAPAI CITA
JALAN YANG LURUS MATLAMAT KITA

MARILAH BERSAMA KOTAKAN KATA



SEJARAH SEKOLAH

SMK Agama Tun Juhar Sandakan dahalunya dikenali sebagai SMK Agama Sandakan (SMAS). SMAS merupakan sebuah sekolah Aliran agama yang diwujudkan di kawasan Sandakan. SMAS secara rasminya dilancarkan pada 28 November 1989 dengan Pengetua pertamanya iaitu Ustaz Hasbullah Awang Naib. Dengan itu SMAS adalah antara 8 buah SMKA yang telah ditubuhkan di negeri Sabah. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 105 orang pelajar dan pemilihan ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Sabah sendiri. Pendaftaran bermula pada 28 Disember 1989 dan 3 kelas untuk tingkatan 1 diwujudkan. Sebagai permulaan SMAS beroperasi di bangunan kilat SMK Elopura sementara bangunan baru dibangunkan.

                  Atas keperihatinan pihak Kementerian Pendidikan, akhirnya sekolah ini mendapat tapak dan bangunan kekal bernilai RM25 juta di Taman Mawar, Sandakan. SMAS telah berpindah ke bangunan baru pada 19 April 2002. Manakala tapak SMAS yang lama telah diserahkan kembali kepada pemilik asal iaitu SMK Elopura. SMAS merupakan sebuah sekolah yang terbesar di negeri Sabah pada tahun 2010 dan bilangan pelajarnya mencecah 512 orang.

                 Pada 28 Januari 2015 merupakan hari bersejarah bagi SMAS, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin merasmikan nama baru sekolah SMK Agama Tun Juhar Sandakan menggantikan nama sebelum ini SMK Agama Sandakan.

                 Pelajar menengah rendah sekolah ini diwajibkan mengambil 9 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 diberi pilihan sama ada untuk memilih aliran sains atau aliran agama. Bagi pelajar aliran Sains mereka diwajibkan mengambil matapelajaran Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan disamping matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Pendidikan Al Quran dan As Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Pelajar yang memilih aliran agama pula diwajibkan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perniagaan dan Geografi. Mata pelajaran teras sama seperti pelajar aliran Sains.



PELANCARAN TAHUN BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

              Sebagai pelajar SMK Agama,kami telah dipupuk untuk mempelajari bahasa arab dari tingkatan satu lagi.Kami sering diberitahu te...