Sebagai pelajar SMK Agama,kami telah dipupuk untuk mempelajari bahasa arab dari tingkatan satu lagi.Kami sering diberitahu tentang kelebihan dan kepentingan bahasa arab.
Antara kepentingan bahasa arab ialah dengan mempelajari bahasa Arab, anda akan lebih mudah belajar ilmu dari para ulama’ secara langsung ataupun tidak langsung. Bahasa Arab ini akan menyenangkan pemahaman anda ketika anda mempelajari suatu ilmu. Seseorang itu juga akan lebih mudah membaca buku-buku berbahasa arab dengan penuh kefahaman. Anda juga tidak perlukan terjemahan ayat ketika membaca karya-karya dari ulama’ kerana sudah kuasai bahasa Arab.
Selain itu,kelebihan mempelajari bahasa Arab ini bukan hanya dirasakan oleh umat Islam sahaja. Bahkan ia juga dapat dirasakan oleh semua orang. Seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari dan menguasai bahasa asing seperti bahasa Arab.
Kesimpulannya,ada banyak kelebihan dan kepentingan jika kita mempelajari bahasa arab.Bukan pelajar sahaja yang perlu mempelajari bahasa tambahan malahan masyarakat juga.
TARIKH: 24 Februari 2020
TEMPAT: Dewan Al-Khawarizmi
MASA: 7.00am-7.30am
DIRASMIKAN OLEH: Ustaz Roslan bin Diming
Pengerusi Majlis menyampaikan kata-kata aluan
Ustaz Roslan menyampaikan sepatah dua kata
Persembahan daripada kumpulan nasyid sekolah
Ustaz Roslan merasmikan Tahun Bahasa Arab 2020
Para guru mengambil gambar bersama Ustaz Roslan