Tuesday 10 March 2020

SEMINAR MEMORI POWER

       Baru-baru ini pihak sekolah telah menjemput seorang motivator profesional dari Tawau,Sabah untuk memberikan tip-tip menghafal dengan lebih baik.

BIODATA PENCERAMAH:

                Beliau bernama Rusdi Bin Rusli yang dilahirkan di Hospital Tawau Sabah pada 29 Disember 1988.Seterusnya dibesarkan di Sulawesi Selatan Indonesia.
                Beliau mendapat pendidikan awal di SD Muhammadiyah, Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran ke Malaysia pada tahun 2002 di tingkatan 1-6 di SMK Pinggan-pinggan Pitas (2002-2008)
                Seterusnya beliau mendapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2009-2012 dalam bidang pengurusan Perniagaan dan seterusnya menyambung pengajian Master sehingga sekarang di UMS.
                Kini beliau sangat aktif memberi motivasi, inspirasi, training, consultant kepada sekolah, institusi, jabatan kerajaan, swasta dan badan NGO serta kebajikan.





Sambutan dari pelajar yang menggalakkan




Pelajar mengaplikasikan teknik yang diajar oleh Coach Rusdi




Pelajar menetapkan target yang ingin dicapai





Pelajar menghayati keputusan yang diinginkan dan berazam untuk mencapainya





Coach Rusdi memberikan autograf kepada pelajar yang membeli buku beliau




Sesi soal jawab bersama Coach Rusdi


                   Seminar ini merupakan siri pertama untuk sekolah kami. Pada bulan 6, Coach Rusdi akan memberikan seminar siri ke-2.

PELANCARAN TAHUN BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

              Sebagai pelajar SMK Agama,kami telah dipupuk untuk mempelajari bahasa arab dari tingkatan satu lagi.Kami sering diberitahu te...