Tuesday 10 March 2020

PELANCARAN TAHUN BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

              Sebagai pelajar SMK Agama,kami telah dipupuk untuk mempelajari bahasa arab dari tingkatan satu lagi.Kami sering diberitahu tentang kelebihan dan kepentingan bahasa arab.
              Antara kepentingan bahasa arab ialah dengan mempelajari bahasa Arab, anda akan lebih mudah belajar ilmu dari para ulamasecara langsung ataupun tidak langsungBahasa Arab ini akan menyenangkan pemahaman anda ketika anda mempelajari suatu ilmu. Seseorang itu juga akan lebih mudah membaca buku-buku berbahasa arab dengan penuh kefahaman. Anda juga tidak perlukan terjemahan ayat ketika membaca karya-karya dari ulamakerana sudah kuasai bahasa Arab.
              
               Selain itu,kelebihan mempelajari bahasa Arab ini bukan hanya dirasakan oleh umat Islam sahaja. Bahkan ia juga dapat dirasakan oleh semua orang. Seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari dan menguasai bahasa asing seperti bahasa Arab.

               Kesimpulannya,ada banyak kelebihan dan kepentingan jika kita mempelajari bahasa arab.Bukan pelajar sahaja yang perlu mempelajari bahasa tambahan malahan masyarakat juga.

TARIKH: 24 Februari 2020
TEMPAT: Dewan Al-Khawarizmi
MASA: 7.00am-7.30am
DIRASMIKAN OLEH: Ustaz Roslan bin Diming




Pengerusi Majlis menyampaikan kata-kata aluan




Ustaz Roslan menyampaikan sepatah dua kata 




Persembahan daripada kumpulan  nasyid sekolah




Ustaz Roslan merasmikan Tahun Bahasa Arab 2020




Para guru mengambil gambar bersama Ustaz Roslan

SEMINAR MEMORI POWER

       Baru-baru ini pihak sekolah telah menjemput seorang motivator profesional dari Tawau,Sabah untuk memberikan tip-tip menghafal dengan lebih baik.

BIODATA PENCERAMAH:

                Beliau bernama Rusdi Bin Rusli yang dilahirkan di Hospital Tawau Sabah pada 29 Disember 1988.Seterusnya dibesarkan di Sulawesi Selatan Indonesia.
                Beliau mendapat pendidikan awal di SD Muhammadiyah, Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran ke Malaysia pada tahun 2002 di tingkatan 1-6 di SMK Pinggan-pinggan Pitas (2002-2008)
                Seterusnya beliau mendapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2009-2012 dalam bidang pengurusan Perniagaan dan seterusnya menyambung pengajian Master sehingga sekarang di UMS.
                Kini beliau sangat aktif memberi motivasi, inspirasi, training, consultant kepada sekolah, institusi, jabatan kerajaan, swasta dan badan NGO serta kebajikan.





Sambutan dari pelajar yang menggalakkan




Pelajar mengaplikasikan teknik yang diajar oleh Coach Rusdi




Pelajar menetapkan target yang ingin dicapai





Pelajar menghayati keputusan yang diinginkan dan berazam untuk mencapainya





Coach Rusdi memberikan autograf kepada pelajar yang membeli buku beliau




Sesi soal jawab bersama Coach Rusdi


                   Seminar ini merupakan siri pertama untuk sekolah kami. Pada bulan 6, Coach Rusdi akan memberikan seminar siri ke-2.

PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT DAERAH

               Catur dipercayai berasal dari permainan yang dipanggilChaturanga‘ yang dipercayai berasal dari India pada abad ke 6.Chaturanga adalah ayat Sanskrit yang merujuk kepada empat bahagian ketenteraaan India lama iaitu gajah, pasukan berkuda , kereta perang (pedati kuda) dan infantry.

                Dari India, permainan ini tersebar ke Parsi. Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan. Permainan catur yang dimainkan pada hari ni adalah permainan yang telah dmajukan eropah selatan. Permainan catur atau dalam bahasa arabnyaShatranjtelah diubah suai dan beberapa peraturan baru telah ditambah.

               Perkataancatur ataupun chess” itu sendiri berasal dari perkataanChaturanga”. Perkataan ‘checkmate’ berasal dari frasa Parsi, “shah mat” dimana membawa maksud “ Raja Telah Mati “. Buku kedua yang pernah dicetak dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan catur. Papan catur yang pertama memperkenalkan warna terang dan gelap pada tahun 1090 di Eropah.

Sumber artikelhttp://www.sentiasapanas.com/2017/07/sejarah-dan-asal-usul-permainan-chess.html#ixzz6FJiKwDT7


                Sekolah Menengah Agama Tun Juhar telah menghantar pasukan catur untuk mewakili sekolah diperingkat daerah (MSSD)


Tarikh:28/1/2020-29/1/2020
Tempat:Dewan Al-Khawarizmi
SMK Agama Tun Juhar

 Wakil SMKA Tun Juhar




 Latihan sebelum perlawanan sebenar



 SMK Sandakan 2 vs SMK Gum-Gum



 SMK Sandakan 2 vs SMKA Tun Juhar



PERTANDINGAN HOKI PERINGKAT DAERAH

                   Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi.permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus  sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
                   Ketiadaan peraturan khusus dalam permainan telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah diantara pemain. Di Perancis,  nama permainan ini di panggil sebagai hoquet.  Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey dan Melayu telah mengubahnya kepada HOKI.

                   Sesuai dengan topik di atas, baru-baru ini sekolah kami telah menghantar pasukan hoki sekolah untuk mewakili SMKA Tun Juhar dalam pertandingan hoki peringkat daerah.


Para pemain dikumpulkan mengikut sekolah




Para pemain diberikan taklimat awal sebelum permainan dimulakan





Alhamdulillah,pasukan sekolah kami berjaya memenangi tempat pertama dan tiga pemain kami dipilih untuk mewakili sandakan untuk peringkat negeri.


Saturday 16 March 2019

PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Tahniah kepada pelajar SMKA Tun Juhar Ayume Norjaini dan gurunya Pn Hjh Nurbaya Silang menjadi Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Sandakan



PELANCARAN TAHUN BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

              Sebagai pelajar SMK Agama,kami telah dipupuk untuk mempelajari bahasa arab dari tingkatan satu lagi.Kami sering diberitahu te...